
Seorang pesakit kecil, umur baru 3 tahun, datang dengan masalah hidung berbau busuk, selsema tak berhenti, dan dah dua minggu tak baik-baik.
Mula-mula ibu bapa ingat selesema biasa… tapi bila dah lama sangat dan bau makin kuat, mereka datang ke Klinik Riz untuk check.
Bila doktor periksa perlahan-lahan dalam hidung dia…
Rupa-rupanya ada kertas tersumbat dalam hidung!
Ya, kertas yang si kecil ni “simpankan” sendiri tanpa bagitahu sesiapa.
Tak pelik—umur macam ni memang suka explore, suka masukkan benda dalam hidung atau telinga. Tapi bila dah tersumbat lama, bakteria mula berkumpul dan sebab tu bau jadi kuat dan hingus tak berhenti.
Alhamdulillah, kami berjaya keluarkan kertas tu dengan selamat.
Anak kecil tu terus nampak lega, boleh bernafas macam biasa balik.
Ini pesanan penting untuk ibu ayah:
Kalau anak selsema berbau busuk, keluar hingus sebelah sahaja, atau tak baik-baik lebih seminggu, cepat bawa ke klinik. Kadang bukan selesema — ada benda tersangkut.
Klinik Riz sentiasa sedia bantu kes kecemasan kecil macam ni.
Jangan tunggu lama, lebih cepat rawat lebih mudah sembuh.
📲 https://wa.me/0175877331
📲 https://wa.me/0175877331
📲 https://wa.me/0175877331
